Monday, 29 August 2016

Tulis Surat Untuk Uqasha Senrose Seperti Nak Mengurat, Da'i Wan Pula Dikecam Teruk..

Tulis Surat Untuk Uqasha Senrose Seperti Nak Mengurat, Da'i Wan Pula Dikecam Teruk..





Semalam, seorang pendakwah muda iaitu Da'i Wan telah menulis satu surat khas buat Uqasha Senrose.



Namun, nampaknya tindakan Da'i Wan itu ada yang tidak bersetuju kerana dilihat seperti cuba mengurat Uqasha.


Seorang wanita bernama Khairunisa yang juga Ketua Beliawanis, telah membalas surat terbuka kepada Da'i Wan.


Ini suratnya:




SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da'i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari'at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da'i.

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)



Dilihat banyak juga yang menyokong surat dari Khairunnisa ini.



Terkini! Uqasha Senrose Mengaku Tidak Lagi Bertudung

Uqasha Senrose Mengaku Tidak Lagi Bertudung





Terkini! Uqasha Senrose Mengaku Tidak Lagi Bertudung


Terbaru, pelakon Uqasha Senrose melalui pendedahan eksklusif kepada BH Online mengakui bahawa dia kini tidak lagi berhijab. Tambahnya lagi, dia bersedia menerima apa saja cercaan dan kecaman dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.


Dia mahu menjadi dirinya sendiri dan dan tidak mahu lagi dibayangi dengan kisah bertudung sebelum ini. Malah katanya, dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan.


Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga tahun berhijab.


“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.


“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.


“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.


“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.




"Orang Akan Fikir Saya Yg Zalim, Sedangkan Dia Yg Mulakan Semua Ini 4 Bulan Lepas Saya Dah Nampak Dia . .". Tidak tahan Dikecam Ramai Sekali Lagi Along Cham Buat Pendedahan Tentang Bekas Isterinya


"Orang Akan Fikir Saya Yg Zalim, Sedangkan Dia Yg Mulakan Semua Ini 4 Bulan Lepas Saya Dah Nampak Dia . .". Tidak tahan Dikecam Ramai Sekali Lagi Along Cham Buat Pendedahan Tentang Bekas Isterinya



Tidak dapat dinafikan, ketika khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka mula tersebar, terdapat segelintir warga laman sosial yang menuding jari kepada Along Cham sebagai puncanya. Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along Cham berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.


“Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang bukak semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim”


“Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,” jelas Along kepada media selain menegaskan bahawa Zila perlu memohon maaf kepada ibu bapa pelakon dan pelawak ini.


Memetik laporan video mStar Online, Along hanya memfailkan penceraian hanya selepas bekas isterinya itu ditangkap khalwat manakala hak penjagaan anak lelaki hasil perkahwinan mereka turut berpihak kepada pelakon tersebut.


Zila pada 14 Ogos lalu telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 5 pagi di sebuah kediaman lelaki itu di Bukit Jalil.


Belum Sunat dan Tulisan Tauhid Teroris Gereja Medan Salah, Dia Muslim Atau Provokator?

Belum Sunat dan Tulisan Tauhid Teroris Gereja Medan Salah, Dia Muslim Atau Provokator?

 


Banyak masyarakat yang bertanya-tanya perihal keaslian identitas pelaku teror bom di Gereja Katolik Stasi Santo Yosep di Jalan dr Mansyur kota Medan, Ahad (28/8). Pun demikian dengan sikap MUI yang mencurigai adanya taktik penghancuran Islam melalui isu terorisme.

Pasalnya, Polisi menjadikan sejumlah barangbukti berupa pisau yang digunakan penyerang, KTP dan kertas bertuliskan Tauhid yang diketahui ditulis langsung dengan tangan.

Jika dilihat dari KTP, diketahui identitas pria itu beragama Islam. Sayangnya, banyak kejanggalan terkait identitas teroris berinisial IAH ini.

Diantaranya adalah kalimat Tauhid yang tertulis dikertas berukurang kecil itu, tertulis kalimat Laa Ilaaha Illallah dengan bahasa arab, namun penulisannya salah.

Penulisan yang benar:


لا إله إلا الله




Tulisan milik IAH:


ل اله إلا الله




Kurang huruf alif setelah lam yang harusnya berarti tidak ada -yang berhak disembah-. Namun jika tidak terdapat alif, maka fungsi kata itu menunjukan: benar-benar ada. Yang mengartikan kedua kata itu berbanding terbalik artinya.

Seorang Facebooker bernama Akmal Sagala memposting gambar kalimat tauhid itu. Dalam status yang ia tulis pada 28 Agustus 2016, ia mengatakan bahwa pelaku teror hanya ingin memprovokasi warga Sumatra Utara.

“Pelaku Bom Bunuh diri di Greja St.Yosep Setia Budi Medan. Orang ini hanya ingin memprovokasi sumut, ktpnya islam tp dia blm sunat, apa ada org islam yg berumur 18 thn belum disunat? Dia membuat lambang tauhid spt bendera isis, tp tulisan arabnya jelas salah, Jd tolong jgn ada yg terprovokasi kepada sara,” tulisnya.

Hingga berita ini ditulis, foto dan status Akmal sudah dibagikan lebih dari 900 pengguna Facebook.





Sumber: jurnalmuslim.com


“Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata..” – Nukilan Da’i Wan Buat Uqasha Senrose

“Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata..” – Nukilan Da’i Wan Buat Uqasha Senrose





Satu nukilan telah ditulis oleh seorang pendakwah muda iaitu Da’i Wan kepada pelakon jelita Uqasha Senrose yang baru sahaj mengumumkan dia kini telah membuka tudung.

Nukilan buat Uqasha Senrose ini adalah untuk memberi nasihat dan teguran kepada pelakon tersebut.

Jom baca:


‘Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu’
Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.
Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.
Namun awak tahu apa?
Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.
Nak tahu sebab apa?
Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya ‘The right time’ yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.
Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.
‘Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.’
Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.
Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that’s it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.
Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang ‘Exclusive’. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

‘Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas’ berkata saya saat mendongak itu.
Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.
Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:
1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia
Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.
Cuma saya minta, awak tanamkanlah ‘Tekad’. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham.

Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.
Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.
Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.
Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh
Bila awak dah ada ‘Suasana’, kemudian awak ‘Tegas’ dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu ‘Sabar’ dengan sendirinya.

Nak tahu kenapa?

Kerana Allah swt telah berfirman:
‘Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.’
Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.
Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.
Siapa tahu?

Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz ‘Assalammu’alaikum’.
Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.
Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.

Ikhlas, Da’i Wan.


Da’i Wan sememangnya berharap Uqasha dapat membaca tulisannya ini. Sehingga kini sudah hampir 9 ribu share di FB. Kebanyakan netizen dilihat menyokong usaha Da’i Wan ini. -PENMERAHDOTCOM


Akhirnya Terbongkar Juga!!! Rupa-rupanya inilah cerita sebenar remaja 18 tahun tiba-tiba kahwin Wanita 42 tahun

Akhirnya Terbongkar Juga!!! Rupa-rupanya inilah cerita sebenar remaja 18 tahun tiba-tiba kahwin Wanita 42 tahun





Satu pengakuan dan pendedahan dari remaja 18 tahun Mohd. So­fi Mat Ali yang memilih Dayang Sopiah 42 tahun seba­gai isteri ternyata membuktikan cinta itu suci dan buta.


Mohd. Sofi memberitahu, kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya.


Ini komennya:


“Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”


“Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.


“Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,”


Jelas Mohd. Sofi memang ada ahli keluarga yang menentang pada mulanya namun selepas bertegas dan menetap­kan keputusan, ah­li ke­luar­­ga­nya ­akur dan mem­berikan sokongan.


Isterinya, Dayang So­­piah mempunyai li­ma­­ anak berusia antara 7 hing­­ga 16 tahun hasil hubungan perkahwinan dengan suami terdahulu.


Dayang memberitahu perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar sekitar bulan Mei yang lalu.


Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pem­binaan di Labuan.


Ini komennya si isteri:


“Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga ra­kan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,”


Selamat pengantin baru diucapkan.


Zila AF Buat TINDAKAN GILA SELEPAS DICERAI TALAK SATU Oleh Along Cham... dah lar dosa berkhalwat,ni tambah satu lagi dosa yang cuba...malu la tu kot

Zila AF Buat TINDAKAN GILA SELEPAS DICERAI TALAK SATU Oleh Along Cham... dah lar dosa berkhalwat,ni tambah satu lagi dosa yang cuba...malu la tu kot





KLIK SINI UNTUK BACA